Esok start sekolah. Hahahahaha. Good luck guys! Kepada semua calon SPM, kita trial 28 Ogos 2012 eh. Jangan nak buat-buat lupa pula. Pejam-celik-pejam-celik-pejam-tak celik-celik dah habis sekolah dah kita. Hewhewhew. -,-
Azam baru aku bila buka sekolah ni nak berjimat sikit kononnya. Ada macam-macam benda yang nak dibelinya. Sebenarnya dari awal tahun tapi sampai sekarang semuanya tinggal ha-ha-habuk (habuk versi rap) je benda-benda yang aku nak beli tu. Hehehe.
Sebagai budak sekolah yang berkaliber, aku sendiri tak tahu mana perginya semua duit-duit belanja aku. Setiap hari balik sekolah pun tetap lapar juga macam dah 5 hari tak makan. Aku kat sekolah pun kadang-kadang tak sempat nak makan tapi mana perginya semua duit aku tu? Hmm. Semua tu terus menjadi soalan.
Argh! Setiap kali buat post, mesti panjang macam karangan 240 patah perkataan. -,-