Saturday, June 9, 2012

Back to school wahai budak-budak sekolah!

Haa. Cerita ni untuk budak yang masih berhingus  bersekolah. Hahahaha. Konon dah habis sekolah la aku ni cerita dia. Padahal....

Esok start sekolah. Hahahahaha. Good luck guys! Kepada semua calon SPM, kita trial 28 Ogos 2012 eh. Jangan nak buat-buat lupa pula. Pejam-celik-pejam-celik-pejam-tak celik-celik dah habis sekolah dah kita. Hewhewhew. -,-

Azam baru aku bila buka sekolah ni nak berjimat sikit kononnya. Ada macam-macam benda yang nak dibelinya.  Sebenarnya dari awal tahun tapi sampai sekarang semuanya tinggal ha-ha-habuk (habuk versi rap) je benda-benda yang aku nak beli tu. Hehehe.

Sebagai budak sekolah yang berkaliber, aku sendiri tak tahu mana perginya semua duit-duit belanja aku. Setiap hari balik sekolah pun tetap lapar juga macam dah 5 hari tak makan. Aku kat sekolah pun kadang-kadang tak sempat nak makan tapi mana perginya semua duit aku tu? Hmm. Semua tu terus menjadi soalan.

Argh! Setiap kali buat post, mesti panjang macam karangan 240 patah perkataan. -,-

0 comments: